Makan untuk hidup @ hidup untuk makan???
Beberapa minggu yang lepas saya telah membeli buku bertajuk Cara Makan Rasulullah saw Makanan sihat dan Berkualiti. Hasil penulisan Prof. Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid yang diterjemahkan oleh Hamzah bin Raden Anwar sangat menarik perhatian saya, setelah belek depan belakang, baca sinopsis dan menjeling not2 yang terdapat dalam dompet maka Rm 23 bertukar tangan dan buku ini menjadi milik saya. Saya tertarik hati untuk membeli buku ini kerana sedar sejak kebelakangan ini saya mengamalkan pola pemakanan yang tidak sihat sehingga badan naik bagai dipam-pam. Maklumlah masakan kedai dan makanan ringan menjadi gantian. Penuh perisa, perasa dan tidak diketahui tahap kebersihannya. Sesekali teringat juga pada masakan bonda tersayang di kampung halaman. Berbalik kepada buku tadi, kandungannya menjelaskan bagaimana Rasulullah makan, makanan seimbang dalam Islam, makanan antara kedoktoran dan Islam, makanan yang menjadi ubat menurut al-Quran dan hadith serta makanan yang diharamkan dalam Islam.
Makanan yang berfungsi sebagai ubat menurut perspektif al-Quran dan Hadith:
-buah Tin
-zaitun
-delima
-daging
-kurma
-susu
-madu
-kismis
-dll
Buah Tin
Buah Tin buah yang istimewa sehingga namanya disebut dalam al-Quran. Buah Tin mengandungi kadar gula yang tinggi, kalsium, fosfor, besi, Vitamin A, B, C , D dan K.

Khasiat: menghentikan pendarahan, mengubati penyakit buasir, kejang, susah buang air besar, penyakit usus dan perut, luka, bisul, haid tidak teratur, melawaskan kencing, menyembuhkan radang gusi dan melancarkan air susu ibu. Cara dan sukatan yang berlainan digunakan untuk mengubati penyakit di atas dan dijelaskan secara lebih terperinci di dalam buku ini.
Buah Zaitun
Namanya masyhur didalam al-Quran dan disebut dalam banyak surah misalnya surah At-Tin, Abasa, Al Mukminun, An Nahl dan An Nur. Rasulullah s.a.w menggalakkan kita makan buah Zaitun dan menjadikannya sebagai sapuan kerana ia termasuk dalam pokok yang diberkati.
Khasiat: menyembuhkan penyakit kuning, memecahkan batu ginjal, menyembuhkan kencing manis, dijadikan minyak sapuan, memelihara kecantikan wajah, menghilangkan kerutan dan pecah-pecah untuk kulit, menguatkan perut, membangkitkan selera makan dan menyembuhakan penyakit hati, bisul serta luka.

Delima
Delima kaya dengan unsur gula, besi, dan mengandungi asid tanic.
Khasiat: membentuk sel darah merah(atasi anemia), mengubati cirit birit, menyembuhkan selsema, ubati sakit gusi, menghilangkan cacing pita, atasi masalah pencernaan, melancarkan buang air kecil, ubati luka di sekitar kuku atau luka yang bernanah.