28/4/2009 Selasa
Dengan nama-Mu
Hari ini aku telah menduduki kertas peperiksaan yang ke-4-kaedah penyelidikan, lambat sungguh rasanya semester ini berakhir. Tidak sabar rasanya nak balik kampung dan bertemu dengan keluarga, bilik kesayangan, dan anak2 kambing yang chomel2. Rindu juga dengan kesegaran udara pantai timur dan kesunyian kampung. Minggu peperiksaan membuatkan aku rasa sedikit stress dan 24 jam terasa begitu cepat berlalu. Lumrahlah tu..
Namun semester ini yang aku rasa paling kurang usaha untuk belajar. Usaha tetap ada, tapi tidak seperti semester sebelumnya. Banyak faktor yang menjadikan aku sebegini:
-mungkin kerana banyak perkara yang berlaku sejak awal semester menekan perasaan dan mengganggu ketenteraman jiwaku.
-mungkin juga faktor USIA, pada usia senja(baca 22 tahun) ini aku mudah penat bila menghadap buku lama-lama, matapun cepat letih dan belakang mudah sakit...-mungkin juga sebab dah terlalu lama belajar secara formal,
-huh, kalau alasan 1001 pun boleh bagi...apa-apa pun kena POSITIFKAN DIRI kerana:
apabila kita pohon kekuatan Dia akan berikan kita kesulitan untuk jadikan kita kuat,
apabila kita pohon keteguhan hati Dia beri masalah untuk diatasi,
apabila kita pohon keyakinan Dia akan berikan ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.
dan
kadangkala kita tak dapat apa yang kita ingini kerana Dia tahu hikmah yang tersembunyi...
Walau apapun aku akan cuba melakukan yang terbaik untuk semua perkara, termasuklah final exam ni. Aku akan cuba skor pngk sekurang-kurangnya 3.5 bila bergraduasi, insyaallah..dan nak tambahkan ilmu dan kemahiran diri sebanyak mungkin sebelum bergelar pendidik.
Selasa, 28 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan