Khamis, 7 Mei 2009

Angkat barang

Proses mengangkut barang sudah selesai. nasib baik pak cik Sayed boleh hantarkan barang. Bayaran Rm 12 sehala. Sebab pak cik baik kita bagi tips Rm 3. Yatie terima kasih sebab tolong kami angkat barang. khidmatmu dihargai.. terima kasih daun keladi. Penat juga, al maklumlah angkat kotak dan agak dasat juga angkat tong gas merentasi banyak buah rumah. Sesekali terasa bagaikan diri ini Malik Noor atau Sazali Samat. Oklah, nak makan dulu sebelum menyambung aktiviti melihat cerita korea di rumah kak ain, itupun kalau larat..

Rabu, 6 Mei 2009

BUKUKU

Antara buku yang telah dibeli untuk semester ini. Sebenarnya banyak lagi tapi dah dimasukkan dalam kotak dan beg pakaian.

Cara Makan Rasulullah Saw.
Buku yang agak menarik. Kandungannya sudah dijelaskan sebelum ini. Sudah habis dibaca cuma kena ulang lagi beberapa kali agar pemahaman lebih jelas.

Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia
Antara buku yang paling tebal untuk semester ini,. Kira-kira 520 halaman. Rangkuman sejarah peradaban dalam pelbagai aspek. Belum sempat dibaca, dibeli pada 16 Feb 2009, Harga dah lupa tapi tak lebih Rm 10.00. Harga asal mahunya Rm 30. InsyaAllah ada kesempatan aku akan khatamkan jua buku ini.



La Tahzan dibeli sem lepas sebenarnya di Foyer KAB. Aku beli kedua-dua jilid. Harga rm15 x2. Buku motivasi Islamik yang baik, sesuai untuk memberikan semangat. Baik juga dibaca ketika kita tangah down atau bersedih- sebab penulis cuba terapkan REDHa dan Syukur dalam diri pembaca...Beli untuk motivasikan diri, time tu laptop rosak dan memang takleh dibaiki...


Ini buku semantik, beli dengan en Abdullah. Belum baca habis, cuma belek2 sahaja. Bahasa agak tinggi dan penuh dengan teori. Untuk faham kena ambil masa. Tak tahu bila aku nak baca buku ni sampai habis.

Buku ni pun belum sempat baca. Harga agak berpatutan tak sampai Rm 5 sebab ada less. Al maklum En kamal yang jual.





Buku ini merupakan nota semantik, beli dengan en Abdullah. Harganya Rm 13. Cover kuning, bahasa agak mudah difahami dan membantu kami menjawab Exam. Ilmu yang terkandung dalamnya banyak walaupun Simple. Yang harunya cuma 1, halaman kurang teratur. Pandek kata nak tahu halaman mana kena belek satu persatu. Aku rasa ni taktik En lah, dia nak kami baca semua nota ni. HUrm, terima kasih sebab ajar kami. Inilah subjek minor terakhir..pensyarah fakulti bahasa semuanya baik2 belaka.. may God bless u. tQ








Mind map



Ini peta minda semantik. Tak cantik sebab buat sehari sebelum exam. Baca sekali dan terpaksa ditinggalkan kerana tak cukup kotak untuk menyimpan kesemuanya. Lagipula aku ada buku semantik, kalau perlulah maklumat aku boleh terus rujuk buku saja. Semester ni memang banyak beli buku. Kalau ada masa aku akan senaraikan, sekarang kena bersiap untuk mengangkut barang ke rumah sewa.









Ini selendang untuk kak long. Murah jer..harapnya tujuan dan misinya tercapai. Tak sempat nak cari selendang lain. Tapi selendang ini berlubang sikit, apa kena pun tak tahu. Pandai2 la nanti cover...

FAKTA: Benda dan kegunaannya 3

Peta minda
Peta minda selalu aku gunakan untuk memudahkan ingatan-pelajaran. Hal ini kerana maklumat mudah diingat apabila disusun atur secara sistemetik dan berwarna warni. Apabila nak buat peta minda sebaik-baiknya guna kertas A4 kosong. Lakaran 'main poin' ditengah2. Lukis gambar sikit2. Aku jenis yang kena baca nota sendiri walaupun huduh tahap gaban tulisanku..umpama cakar ayam. Paling penting aku faham tulisan sendiri.
Memandangkan aku ni pelajar yang lambat tangkap maka beginilah aku...bertatih-tatih, merangkak rangkak. Walaupun lambat aku akan daki juga bukit sampai ke puncak jaya.. ada kawan2 yang lebih cerdas mindanya, sudah mengibarkan bendera putih untuk ini, mungkin kepenatan berlari, Namun yang penting mereka bahagia dengan kehidupan mereka sekarang. Lain padang lain belalang..

Barangan kosmetik
Aku tak berapa arif pasal mende2 yang keperempuanan ini...mekap2, solek2 ni kurang dipraktikkan sebab aku simple saja. Percaya atau tidak, aku tak beli lipstik atau bedak compactpun sem ni. Cuma guna bedak baby n minyak eton (panggilan manja<>. Kenapa? dah aku tak mahu beli lah, rasa tak penting sangatnya. Lepas ni kalau dah dewasa barulah aku bejinak-jinak dengan benda2 ni. itupun tak pasti...hak2
Janganlah kita menghabiskan masa terlalu banyak di depan cermin, sebab setan suka. Orang kata kalau terlalu lama menghadap cermin mudah terkena sihir. Terpulanglah...siapa aku.







Cermin mata
Aku memang rabun dari form 3 tapi tak suka pakai spek. Hal ini tak ada kena mengena dengan kontrol ayu, tapi keselesaan. Itu sahaja...rasa cam ada sesuatu yang menyekat pandangan dan mengganggu bulu mataku. Pakai contact lens pula terlalu ruwet =(rumit+ cerewet). Jadi, sendiri makan pengat-sendiri mau ingat. Cermin mata pertama masa f4-besar cam mak cik2.
cermin mata kedua-jatuh masa sem yang aku ambil TITas, spek yang ketiga tiba2 jadi calar, yang keempat, kurang power-masih berbakti, yang kelima, baru dibuat semester ini. Ok lagilah..




FAKTA: Benda dan kegunaannya 2



Ini getah ikat rambut.
Kegunaannya: mengikat rambut, mengikalkan rambut, menjentik @ bidas orang, boleh juga ikat plastik.
menjana industri getah negara.
Memandangkan pengikat rambut aku selalu hilang, jadi aku memilih sesuatu yang lebih praktikal dan jimat iaitu menggunakan ikat rambut getah ini. Lepas guna buang, bukan saja2 tapi mesti putus.
Apa2 pun sangat menjimatkan, satu balang plastik getah ini mampu bertahan 1 semester. Harganya cuma Rm 1.50 di Pasar malam.






Ini pendrive aku. Satu-satunya. Bolehlah isi gambar dan lagu. Semester depan aku akan beli pendrive baru. Tunggu turun harga..mana tahu jadi Rm 0.80 sama ngan CD.



Ini vitamin E.
Harga= Rm 6.45
beli di farmasi Bond mega
untuk kulit kering, aku tak pakai sangatpun sebab aku tahu masalah kulit aku jadi kering berpunca dari kurang minum air. Harapnya tak menjadi khazanah yang sia2.

FAKTA: Benda dan kegunaannya

Sepit baju ini agak penting untuk sepit baju supaya tak diterbangkan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Ada ke yang tak tahu fakta ini.

Ini Choki2, agak sedap juga dimakan.
Chocomilk lebih sedap dari yang biasa.
Dipasarkan ke Malaysia, Thai, vietnam dan Philipine.
Selepas meninjau prospek pasaran di Tanjong Malim,
didapati sambutan agak menggalakkan.
Kegunaan: tambah kalori / tenaga, ubat sakit gigi dan
membuatkan kita rasa muda kerana ia boleh membantu
kita mengimbau kenangan masa sekolah dulu2.
Dulu harganya Rm 0.10 jer. Di sini disertakan perbandingan harga
Rm 1-di kedai i One u
Rm 1.20-di Koperasi Bitara siswa.
perbezaan agak ketara= rm 0.20
di kedai Dbest lum survey lagi. Mungkin lebih mahal daripada harga diatas.

Ini tak selalu..takut sakit gigi + lebih mahal.