Peperiksaan
Peperiksaan sangat sinonim dengan kehidupan aku sebagai pelajar. Namun boleh memberikan tekanan jika otak terasa masih tabula rasa. Semester ini aku belajar pada saat-saat akhir. Namun tidak mengapalah, yang penting masih ada usaha walaupun sedikit. Kertas akhir, Semantik –beberapa soalan langsung tidak boleh dijawab selebihnya biasa sahaja. Kertas jawapan tambahan terpaksa diambil kerana jika tidak boleh menjawab soalan tersebut, satu halaman akan disediakan dengan harapan ada idea untuk mengisi jawapan. Namun biasanya idea yang lahir adalah rekayasa semata-mata jadi ia memerlukan ruangan yang lebih luas untuk menulis menggunakan akal kreatif dan kritis berbanding dengan jawapan tepat yang hanya memerlukan sedikit ruangan. Pendek kata pandai2 la baj’jet. Kertas yang paling agak sukar adalah sejarah Islam di Asia Tenggara. Satu soalan sahaja yang aku tahu. Selebihnya rekayasa- Operasi menggoreng suku masak diharapkan akan mendapat markah yang sedap. Markah untuk tugasan 42/ 60. Jadi?? Kesukaran menjawab boleh dikaitkan dengan sikap sambil lewa aku yang tidak fokus dalam kelas, ponteng kelas dan suka membuat benda bukan-bukan dalam kelas seperti melukis@ menconteng secara agresif. Tapi mungkin lebih baik daripada aku bersembang rancak semasa pensyarah mengajar kerana mencoteng buku tidak melibatkan orang lain kerana buku itu dibelikan sendiri. KPT dan beberapa kertas lain dilihat agak memuaskan hati, kerana aku dah cuba jawab sebaik mungkin. Segala keputusan akan diterima dengan hati yang terbuka kerana kegagalan merupakan kejayaan tertangguh dan kejayaan merupakan rahmat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan