5 hb aku akan duduki kertas peperiksaan yang terakhir untuk semester ini.. tapi lum baca apa-apa..hidup sebagai pelajar memang berkitar-kitar dengan benda yang sama. Mood untuk membaca dah kurang. asyik kemas barang, sampai da tak ada baju dalam almari. Bila chat dengan kawan2 yang dahpun sem akhir, sikit cemburu rasanya. Tak sabar nak abish belajar tapi takut nak menempuhi alam pekerjaan.
Melihatkan barang2, yang berkotak-kotak pening juga bila memikirkan cara untuk pindahkan semuanya nih. Al maklumlah sem 7 baru kena keluar dari kolej yang ku cyg nih...banyak kenangan kat Blok A. Nak buang sayang, nak angkut rasanya kena pakai lori. masa inilah aku terpikir gaya minimalis, aku rasa hidup aku jadi susah bila barang terlalu banyak. Tapi bila fikir balik, barang yang paling banyak ialah buku dengan baju. Untuk menyelesaikan masalah ini, aku kena bawa balik kampung sedikit baju, sedekahkan baju, kasut dan barang2 yang masih elok tapi tak digunakan lagi dan jangan membeli barang2 yang kurang penting.
Jadi itulah mungkin jalan penyelesaian yang terbaik, minimalis. aku cuma akan letakkan barang yang penting2 jer. 4 kotak buku, memang aku tak akan buang-ilmu, hidup budak sejarah memang rapat dengan buku. Tambah lagi sem ni sebahagian besar peruntukan aku adalah dekat buku, tabiat beli buku makin menjadi-jadi. Walaupun tak berjaya habiskan sekarang kerana tuntutan kuliah, proposal, tugasan lain tapi aku percaya aku akan gunakan juga suatu hari nanti. 2kotak barang lagi, pnggan mangkuk + kotak rice cooker= 3kotak. mengalahkan orang yang dah berumah tangga barang2 aku ni. Aksesori dan alat tulis 1 kotak, aku tak boleh lagi beli aksesori sebab memang takkan pakai pun. Namun, bila ingat balik, aksesoriku kebanyakannya hadiah jadi kena simpan la. Kasut2 adalah 1 kotak, yang elok bagi jer kat sapa2. Baju 2 beg besar..tang ni tak leh buat apa, sebab pergi kuliah kena pakai baju kurung. Nak bawak balik mustahil, terlalu banyak...niat nak bagi kat mak cik cleaner. Banyak baju pakai sekali dua jer, tapi rase tak selesa.
Teringat pula, kisah Imam Syafie bila biliknya penuh dengan tulang-tulang dan catatan nota hingga terasa sempit, akhirnya beliau berjaya melapangkan sedikit demi sedikit biliknya dengan menghafal ilmu2 tersebut. Insan sehebat Imam Syafie...sebagi teladan walautak mampu aku nak ikut seperti itu. Bila fikirkan perabot yang patut dibeli, aku fikir sepertinya aku nak buat sendiri perabot daripada kotak. Rasenya boleh, rak buku dari kotak..hurm..
Jumaat, 1 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan