Peta minda selalu aku gunakan untuk memudahkan ingatan-pelajaran. Hal ini kerana maklumat mudah diingat apabila disusun atur secara sistemetik dan berwarna warni. Apabila nak buat peta minda sebaik-baiknya guna kertas A4 kosong. Lakaran 'main poin' ditengah2. Lukis gambar sikit2. Aku jenis yang kena baca nota sendiri walaupun huduh tahap gaban tulisanku..umpama cakar ayam. Paling penting aku faham tulisan sendiri.
Memandangkan aku ni pelajar yang lambat tangkap maka beginilah aku...bertatih-tatih, merangkak rangkak. Walaupun lambat aku akan daki juga bukit sampai ke puncak jaya.. ada kawan2 yang lebih cerdas mindanya, sudah mengibarkan bendera putih untuk ini, mungkin kepenatan berlari, Namun yang penting mereka bahagia dengan kehidupan mereka sekarang. Lain padang lain belalang..
Barangan kosmetik
Aku tak berapa arif pasal mende2 yang keperempuanan ini...mekap2, solek2 ni kurang dipraktikkan sebab aku simple saja. Percaya atau tidak, aku tak beli lipstik atau bedak compactpun sem ni. Cuma guna bedak baby n minyak eton (panggilan manja<>. Kenapa? dah aku tak mahu beli lah, rasa tak penting sangatnya. Lepas ni kalau dah dewasa barulah aku bejinak-jinak dengan benda2 ni. itupun tak pasti...hak2
Janganlah kita menghabiskan masa terlalu banyak di depan cermin, sebab setan suka. Orang kata kalau terlalu lama menghadap cermin mudah terkena sihir. Terpulanglah...siapa aku.


Cermin mata
Aku memang rabun dari form 3 tapi tak suka pakai spek. Hal ini tak ada kena mengena dengan kontrol ayu, tapi keselesaan. Itu sahaja...rasa cam ada sesuatu yang menyekat pandangan dan mengganggu bulu mataku. Pakai contact lens pula terlalu ruwet =(rumit+ cerewet). Jadi, sendiri makan pengat-sendiri mau ingat. Cermin mata pertama masa f4-besar cam mak cik2.
cermin mata kedua-jatuh masa sem yang aku ambil TITas, spek yang ketiga tiba2 jadi calar, yang keempat, kurang power-masih berbakti, yang kelima, baru dibuat semester ini. Ok lagilah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan