Cara Makan Rasulullah Saw.
Buku yang agak menarik. Kandungannya sudah dijelaskan sebelum ini. Sudah habis dibaca cuma kena ulang lagi beberapa kali agar pemahaman lebih jelas.

Antara buku yang paling tebal untuk semester ini,. Kira-kira 520 halaman. Rangkuman sejarah peradaban dalam pelbagai aspek. Belum sempat dibaca, dibeli pada 16 Feb 2009, Harga dah lupa tapi tak lebih Rm 10.00. Harga asal mahunya Rm 30. InsyaAllah ada kesempatan aku akan khatamkan jua buku ini.

La Tahzan dibeli sem lepas sebenarnya di Foyer KAB. Aku beli kedua-dua jilid. Harga rm15 x2. Buku motivasi Islamik yang baik, sesuai untuk memberikan semangat. Baik juga dibaca ketika kita tangah down atau bersedih- sebab penulis cuba terapkan REDHa dan Syukur dalam diri pembaca...Beli untuk motivasikan diri, time tu laptop rosak dan memang takleh dibaiki...

Ini buku semantik, beli dengan en Abdullah. Belum baca habis, cuma belek2 sahaja. Bahasa agak tinggi dan penuh dengan teori. Untuk faham kena ambil masa. Tak tahu bila aku nak baca buku ni sampai habis.


Buku ini merupakan nota semantik, beli dengan en Abdullah. Harganya Rm 13. Cover kuning, bahasa agak mudah difahami dan membantu kami menjawab Exam. Ilmu yang terkandung dalamnya banyak walaupun Simple. Yang harunya cuma 1, halaman kurang teratur. Pandek kata nak tahu halaman mana kena belek satu persatu. Aku rasa ni taktik En lah, dia nak kami baca semua nota ni. HUrm, terima kasih sebab ajar kami. Inilah subjek minor terakhir..pensyarah fakulti bahasa semuanya baik2 belaka.. may God bless u. tQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan