Lipat Kain
Ada pelbagai cara melipat kain. A dengan libasan mautnya, B dengan gulungan, C Lipatan kotak dan D dengan sangkutan manja. Mana satu pilihanmu?
Melipat kain merupakan perkara yang amat membosankan buat aku, rasa macam kerja kilang. Sekali sekala bolehlah, kalau selalu boleh terlena..sambil tengok tv ok lah sikit. Aku nak beli mesin lipat kain.
Basuh pinggan
Lebih senang dari lipat kain. Tapi kalau selalu nescaya akan sompek jualah pinggan mangkuk itu. Jadi, masing2 basuhlah pinggan cawan sendiri.
Menyapu sampah
Masalah utama untuk membasmi rambut..gejala keguguran rambut dalam kalangan wanita cukup serius, al maklum tekanan belajar. Alternatifnya: botakkan kepala..hu2 haram, tak realistik.
Basuh baju
Kadang2 best, boleh hilangkan tekanan. Berus kuat2 boleh melegakan kemarahan-cuma jangan sampai kain baju terkoyak udah le.Tak suka basuh sikit2, basuh sekaligus senang..tapi senang lagi pakai mesin..teknologi ada gunakan. Membasuh baju akan menyebabkan sakit tulang belakangku jadi kadang2 sahajalah basuh tangga. Sem depan tak ada mesin basuh, jadi terpaksa merajinkan diri.
Cuci Toilet
Tak ramai yang minat buat tang nih. Tapi ini penting, takkan lah nak jadikan sebagai tempat pembiakan bakteria dan rumah ***. Bila nak makan di Luar check dulu toiletnya, kalau kotor baik tak payah..
Jumaat, 1 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan