Jumaat, 1 Mei 2009

Teman Berteman

Bila terpandang roommate yang masih tidur, sayu juga rasanya, satu semester tinggal bersama dan kami akan berpisah. Dia masih di kolej dan aku menyewa diluar. Tapi kawan tetap kawan, walaupun jauh dimata pasti tetap diingati dan dikenang. detik2 manis bersama teman2 di Blok terpencil ini akan diabadikan dalam memori. Moga ukhwah akan berkekalan..terima kasih kerana memahamiku..
Semester2 akhir, soal jodoh banyak dibicarakan, aku agak kurang berminat dengan tajuk yang satu ini, sesekali menyampuk sekadar mengambil bahagian dalam perbincangan, belum bersedia bercinta. Mungkin sibuk, mungkn...sebenarnya aku tidak bersedia. bukan senang untuk aku menerima insan lain.
Sesekali aku rasa sebenarnya aku terlalu banyak berfikir:
-bagaimana nak sesuaikan diri dengan dia dan keluarganya...
-bagaimana nak jadi isteri yang baik dan taat ( sebab aku degil dan suka menjawab)
-ibu yang baik -bukan senang nak meramaikan umat Muhammad, yang sebenar-benarnya
-aku belum cukup matang..
- aku tak sebaik manapun..Tuhan ampuni hambamu ini...banyak lagi alasan yang aku nak senaraikan tapi cukuplah.

Jadi buat A B dan C
Aku minta maaf, hatiku belum terbuka untuk kalian.
insyaallah jika tercatat ada jodoh antara kita, pasti aku redha. Untuk aku berlebih-lebihan sekarang mungkin tidak. Sekiranya aku cuma membalas 5 daripa 10 mesej, bermakna aku cuma sayangkan sebagai teman tapi belum sedia untuk bercinta.. Aku dah fikirkan yang aku hanya aku bercinta lepas nikah. Bila kalian kata aku perempuan pelik, aneh, serius terpulanglah..jika kalian gagal memahamiku, bukanlah menghairankan kerana akupun kadang2 keliru dengan diri sendiri. Kalau aku menjauh, maknanya aku tak mahu menyakitimu dan diri sendiri. berterus terang lebih baik dari mempermainkan perasaan orang. Berteman, berkawan itu saja yang kumahu sekarang..bila aku menerima cinta bermakna aku sudah sedia menerimamu sebahagian dari hidupku dan akan mula fikirkan bagaimana perancangan masa depan??? ...jadi aku ..keliru dan bosan bila ditanya bila mahu kawen..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan