Jumaat, 1 Mei 2009

Diriku bukan dirimu

Belajar semantik, mengkaji makna kata. Kadang2 orang tak cakap tapi dengan bahasa badan -mimik muka, senyum sinis, gelak ketawa cukup menggambarkan makna. Selalu juga aku cuba guna cara ini untuk meluahkan marah dan tidak puas hati tapi ada insan yang tak faham2 juga...dan bila aku marah dia pun dia tak faham juga. Apa nak dikata..tidak mengapalah, buang yang keruh ambil yang jernih. Walaupun ada tingkah laku yang benar2 menyakitkan hati, aku maafkan kerana mungkin aku tanpa sedar telah membuat salah. Banyak yang aku pelajari semester ini, melibatkan perhubungan sesama manusia dan bagaimana nak mempertahankan hak diri. Menerima diri sendiri seadanya, menghormati dan memahami individu lain adalah teras untuk membina hubungan yang baik. Kepada mu teman, sekalipun ada rasa kurang senang dan perbezaan- itu bukan penghalang persahabatan kita. Aku sedar didikan, latar belakang, sosio-ekonomi dan kita individu yang berbeza, kita bukan produk kilang...
Dulu aku sering merasa diri tak pandai bergaul dan susah nak sesuaikan diri dengan insan lain. Tapi kini, aku terima diriku seadanya...dan aku juga diterima seadanya oleh insan2 disekelilingku. Biarpun tidak ramai kawan tapi aku dikelilingi dengan sahabat2 sejati yang selalu ada disampingku ketika susah dan senang..terima kasih teman2..Interpersonal kurang sikit, mungkin intrapersonal lebih. Aku tahu apa yang aku suka dan tak suka...apa yang aku suka..

SUKA
-baca buku sebelum tidur
-lebih rela dikurung semalaman di perpustakaan berbanding shooping complex
-makan ayam
-beli buku sejarah dan motivasi
-tidur awal sebelum pukul 10.00 pm
-menulis
-sejarah, Bm, melukis..
-aktiviti bebas, kurang protokol
-baca blog-saifulislam.com, Drmaza, ohbulan, kassimahmad...
-politik
-diari
-hijau, putih dan purple
-bercerita-tapi dengan orang tertentu sahaja..masa kecil aku selalu bercerita dan berimiginasi. Contohnya, citer dongeng yang aku citer dekat adik2ku..puteri itu hidup bahagia sampai bila2, orang yang jahat mendapat balasan, itulah selalunya ending citerku.

Tak Suka
-kotor(akupun tak ada la kemas sangat, cuma berpada2 la, time sibuk memang aku akan fokus pada yang tu jer..)
-math dan angka (ada kisahnya)..
-orang yang cakap tak serupa bikin
-pentingkan diri
-mengkhianati orang
-tak tepati janji
-menunggu
-ulat bulu
-cakap belakang-tak puas hati cakap kat depan, slowtalk, cakap elok2, insyaAllah boleh diterima.
-berlagak, kita cume insan biasa..tak ada maknanya nak berlagak. kalau rasa diri cantik, ramai lagi yang cantik..kalau rasa pandai dan baik ramai lagi yang lebih genius lagi baik. Jadi bersyukur dan berusahalah memajukan diri.

-tempat ramai orang-pasar, majlis2..rimas
(memang dari kecil lagi, bila sedara mara pulang ke kampung aku akan menyorok, masa kecil pemalu..kini, hurm cuba untuk berubah. cam kurang adab rasenya..bila orang datang menyorok-tapi bukan dibuat2 sebab yang aku ingat umur 5, 6 tahun lagi aku akan duk dalam bilik kalo aku tahu saudara mara aku balik kampung..terbawa2 sampai sekarang. Kalo ada majlis aku akan pergi jap, tunjuk muka dan tanda hormati undangan, tapi jap jer aku cabut...tak boleh duduk lama2 bosan..tapi kalo ceramah yang aku minat 3 jam boleh lagi aku tahan..kenduri kendara memang tak suka. sebab tu la kalo orang tanya pasal majlis perkahwinan ditempat aku susah nak jawab, kalo sepupu nikah baru aku pergi itupun selepas di ceramahkan oleh penceramah tak diundang. Indahnya kalau semuanya simple, ringkas dan mudah...tak perlu bersanding cukup yang wajib sahaja-belanja pun jimat. Pelik juga bila nak nikah kena tunggu bertahun2 sebab nak kumpul wang banyak2, kenduri besar hutang sakan-bertahun2 nak jelaskan hutang. Mungkin untuk kepuasan, sekali seumur hidup tapi banyak pasangan muda cerai sebab masalah kewangan. Mungkin sikap simple aku dipengaruhi mak aku..pernah juga aku dimarahi sebab aku kata nak buat kad undangan besar takpun nak tulis jer dekat board dicabang 4 kampung aku " dengan ini ...binti... telah melangsungkan perkhwnn dengan ...bin... pada.." ha2 kan senang..kenduripun tujuannya untuk memashurkan perkahwinan agar tak disalahertikan...
Tapi itu la banyak pulak menda nak kena fikir, sebagai orang Melayu, terasa pula saudara mara, sahabat handaiku dan teman2 mak ayahku. Jadi...idea ini ditolakkan.
-lengan baju labuh-rimas
-resepi yang kronik dan ambil masa yang lama untuk dimasak..jadi potong siap2 dan campakkan saja..huh2..tak lebih 5 minit.
-pakai spek-bukan control ayu, tapi cam tak selesa-asyik melekat ngan bulu mata. tapi dah rabun pakai gak la.
-minum air, selalu paksa diri untuk minum air sebab takut batu karang...tapi xlebih juga 500ml
-Pengkhianat dan pengecut-jangan menggunakan nama orang lain untuk tujuan peribadi kita. tak puas hati cakap, tapi perlu bertanggungjawab. Bukan dengan mengenakan orang lain yang tak tahu apa2...itu kerja orang tak bertamadun. fitnah lebih besar dosanya dari membunuh.
-pakai jam n aksesori-tapi akan cuma jga la..supaya lebih menepati masa dan tak bazirkan aksesori2.
-kronisme dan budaya ampunisme (mengampu-budaya ini boleh dikesan sejak zaman sekolah. Ramai pengawas suka ampu cikgu (tak semua), jadi aku tak mau jadi pengawas biasa lebih suka jadi p. library.
-berlakon jadi ayu
-kucing, selepas Abon meninggal aku tak sepak kucing lagi, abon dan ikfak hakiki (puteh) wujud masa aku umur 6, 7 tahun sekarang dua-dua dah tak ada. Kucing tak adalah aku benci, cuma tak suka sebab pernah dia cengkau muka aku...dan alergic ngan bulu kucing. Itu saja.
-dipaksa buat benda yang tak suka atau pilih yang menarik..sangat mencabarku.
-makanan angmahal tapi tak sedap (bukan kutuk makanan yer, tapi tukang masak)
-kacang panjang
-daging (sikit2 leh la, fobia tengok orang sembelih lembu masa kecil. hasilnya aku tak mahu makan lembu dan ayam yang aku kenali. kalo ayam yang aku tak kenal tak apa..
-jeruk(boleh menyebabkan batuk yang tak berapa kronik)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan