Sabtu, 2 Mei 2009

Pasar malam

Aku dahpun pergi ke tempat yang aku kurang gemari, iaitu pasar malam. Tak mengapalah sebab ni pasar malam terakhir untuk sem ini di bumi Tg malim sebelum pulang bercuti kira2 2bulan. Agak ramai manusia berkunjung ke pasar malam hari ini. Niat hati nak buat kunci rumah sewa,tapi kecewa sebab nampaknya dua2 kedai tutup, agaknya ada perjumpaan pembuat kunci sedunia. Memandangkan perut telahpun menelefon, maka aku beli jugalah nasi dagang + ayam rempah. Boleh tahan jugalah dengan harga rm 4. Tapi masih tidak dapat melawan nasi dagang my mum. Tertanya-tanya juga kenapa umat manusia suka melakukan sekatan jalan di pasar malam, maksudnya jadi 'batu' di tengah-tengah jalan, seperti ada persidangan sedunia. Apalah salahnya jika berbual2 ditepi sedikit. Lagi satu kalau hujan rintik2, janganlah nak pakat2 buka payung, sampai nak tercucuk mata orang lain. Bagi yang ada anak kecil dan warga emas, bolehlah dipertimbangkan lagi. Di samping itu, bagi yang bercinta sakan, jangan jadi semut di pasar malam-enjut2. Jalan laju2 sikit, bersemangat...Sementara tunggu maghrib, aku membebel sikit.
Malam ini ada perjumpaan blog, majlis perpisahan. Aku tak mahu pergi, bukan kecil hati sebab tak dapat kolej tapi entahlah...jika hatiku rasa nak pergi jap lagi, aku pergilah ke sana( sebenarnya kena pakai baju blok, tapi aku tak basuh lagi...he3). Walaupun agak terkilan tak dapat kolej, tapi sebenarnya aku tak kisah sangat sebab dah bersedia. Al maklumlah dah tahu ramai yang akan masuk, elok juga beri peluang pada junior2 yang baru menjengah ke alam kampus. Biarlah kami yang dah makan garam belajar hidup di luar. Aku cuba melihat dari sudut yang positif. Walaupun aku turut membebel juga bila tak dapat kolej sebenarnya jauh di sudut hati aku sayangkan blok A, Kolej Aminudin Baki dan berterima kasih pada pihak pentadbiran. Masakan tidak, tempat jatuhpun dikenang apatah lagi kolej kediaman. Semoga KAB A terus maju dan dirahmati Allah begitu juga dengan pengetua dan pihak pentadbiran terutamanya mak cik cleaner yang banyak membantu aku- mengangkat barang, berikan mop dan selalu menyapu halaman rumah kami serta mengalirkan air yang bertakung. Terima kasih semua.
Sedih juga nak tinggalkan Blok A setelah 6 sem di sini. Aku akan cuba hidup di luar dan jaga diri baik2.

1 ulasan:

  1. Akhirnya aku pergi juga..tapi kejap jer lah. Untuk yang terakhir kalinya.

    BalasPadam