Khamis, 7 Mei 2009

Angkat barang

Proses mengangkut barang sudah selesai. nasib baik pak cik Sayed boleh hantarkan barang. Bayaran Rm 12 sehala. Sebab pak cik baik kita bagi tips Rm 3. Yatie terima kasih sebab tolong kami angkat barang. khidmatmu dihargai.. terima kasih daun keladi. Penat juga, al maklumlah angkat kotak dan agak dasat juga angkat tong gas merentasi banyak buah rumah. Sesekali terasa bagaikan diri ini Malik Noor atau Sazali Samat. Oklah, nak makan dulu sebelum menyambung aktiviti melihat cerita korea di rumah kak ain, itupun kalau larat..

Rabu, 6 Mei 2009

BUKUKU

Antara buku yang telah dibeli untuk semester ini. Sebenarnya banyak lagi tapi dah dimasukkan dalam kotak dan beg pakaian.

Cara Makan Rasulullah Saw.
Buku yang agak menarik. Kandungannya sudah dijelaskan sebelum ini. Sudah habis dibaca cuma kena ulang lagi beberapa kali agar pemahaman lebih jelas.

Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia
Antara buku yang paling tebal untuk semester ini,. Kira-kira 520 halaman. Rangkuman sejarah peradaban dalam pelbagai aspek. Belum sempat dibaca, dibeli pada 16 Feb 2009, Harga dah lupa tapi tak lebih Rm 10.00. Harga asal mahunya Rm 30. InsyaAllah ada kesempatan aku akan khatamkan jua buku ini.



La Tahzan dibeli sem lepas sebenarnya di Foyer KAB. Aku beli kedua-dua jilid. Harga rm15 x2. Buku motivasi Islamik yang baik, sesuai untuk memberikan semangat. Baik juga dibaca ketika kita tangah down atau bersedih- sebab penulis cuba terapkan REDHa dan Syukur dalam diri pembaca...Beli untuk motivasikan diri, time tu laptop rosak dan memang takleh dibaiki...


Ini buku semantik, beli dengan en Abdullah. Belum baca habis, cuma belek2 sahaja. Bahasa agak tinggi dan penuh dengan teori. Untuk faham kena ambil masa. Tak tahu bila aku nak baca buku ni sampai habis.

Buku ni pun belum sempat baca. Harga agak berpatutan tak sampai Rm 5 sebab ada less. Al maklum En kamal yang jual.





Buku ini merupakan nota semantik, beli dengan en Abdullah. Harganya Rm 13. Cover kuning, bahasa agak mudah difahami dan membantu kami menjawab Exam. Ilmu yang terkandung dalamnya banyak walaupun Simple. Yang harunya cuma 1, halaman kurang teratur. Pandek kata nak tahu halaman mana kena belek satu persatu. Aku rasa ni taktik En lah, dia nak kami baca semua nota ni. HUrm, terima kasih sebab ajar kami. Inilah subjek minor terakhir..pensyarah fakulti bahasa semuanya baik2 belaka.. may God bless u. tQ








Mind map



Ini peta minda semantik. Tak cantik sebab buat sehari sebelum exam. Baca sekali dan terpaksa ditinggalkan kerana tak cukup kotak untuk menyimpan kesemuanya. Lagipula aku ada buku semantik, kalau perlulah maklumat aku boleh terus rujuk buku saja. Semester ni memang banyak beli buku. Kalau ada masa aku akan senaraikan, sekarang kena bersiap untuk mengangkut barang ke rumah sewa.









Ini selendang untuk kak long. Murah jer..harapnya tujuan dan misinya tercapai. Tak sempat nak cari selendang lain. Tapi selendang ini berlubang sikit, apa kena pun tak tahu. Pandai2 la nanti cover...

FAKTA: Benda dan kegunaannya 3

Peta minda
Peta minda selalu aku gunakan untuk memudahkan ingatan-pelajaran. Hal ini kerana maklumat mudah diingat apabila disusun atur secara sistemetik dan berwarna warni. Apabila nak buat peta minda sebaik-baiknya guna kertas A4 kosong. Lakaran 'main poin' ditengah2. Lukis gambar sikit2. Aku jenis yang kena baca nota sendiri walaupun huduh tahap gaban tulisanku..umpama cakar ayam. Paling penting aku faham tulisan sendiri.
Memandangkan aku ni pelajar yang lambat tangkap maka beginilah aku...bertatih-tatih, merangkak rangkak. Walaupun lambat aku akan daki juga bukit sampai ke puncak jaya.. ada kawan2 yang lebih cerdas mindanya, sudah mengibarkan bendera putih untuk ini, mungkin kepenatan berlari, Namun yang penting mereka bahagia dengan kehidupan mereka sekarang. Lain padang lain belalang..

Barangan kosmetik
Aku tak berapa arif pasal mende2 yang keperempuanan ini...mekap2, solek2 ni kurang dipraktikkan sebab aku simple saja. Percaya atau tidak, aku tak beli lipstik atau bedak compactpun sem ni. Cuma guna bedak baby n minyak eton (panggilan manja<>. Kenapa? dah aku tak mahu beli lah, rasa tak penting sangatnya. Lepas ni kalau dah dewasa barulah aku bejinak-jinak dengan benda2 ni. itupun tak pasti...hak2
Janganlah kita menghabiskan masa terlalu banyak di depan cermin, sebab setan suka. Orang kata kalau terlalu lama menghadap cermin mudah terkena sihir. Terpulanglah...siapa aku.







Cermin mata
Aku memang rabun dari form 3 tapi tak suka pakai spek. Hal ini tak ada kena mengena dengan kontrol ayu, tapi keselesaan. Itu sahaja...rasa cam ada sesuatu yang menyekat pandangan dan mengganggu bulu mataku. Pakai contact lens pula terlalu ruwet =(rumit+ cerewet). Jadi, sendiri makan pengat-sendiri mau ingat. Cermin mata pertama masa f4-besar cam mak cik2.
cermin mata kedua-jatuh masa sem yang aku ambil TITas, spek yang ketiga tiba2 jadi calar, yang keempat, kurang power-masih berbakti, yang kelima, baru dibuat semester ini. Ok lagilah..




FAKTA: Benda dan kegunaannya 2



Ini getah ikat rambut.
Kegunaannya: mengikat rambut, mengikalkan rambut, menjentik @ bidas orang, boleh juga ikat plastik.
menjana industri getah negara.
Memandangkan pengikat rambut aku selalu hilang, jadi aku memilih sesuatu yang lebih praktikal dan jimat iaitu menggunakan ikat rambut getah ini. Lepas guna buang, bukan saja2 tapi mesti putus.
Apa2 pun sangat menjimatkan, satu balang plastik getah ini mampu bertahan 1 semester. Harganya cuma Rm 1.50 di Pasar malam.






Ini pendrive aku. Satu-satunya. Bolehlah isi gambar dan lagu. Semester depan aku akan beli pendrive baru. Tunggu turun harga..mana tahu jadi Rm 0.80 sama ngan CD.



Ini vitamin E.
Harga= Rm 6.45
beli di farmasi Bond mega
untuk kulit kering, aku tak pakai sangatpun sebab aku tahu masalah kulit aku jadi kering berpunca dari kurang minum air. Harapnya tak menjadi khazanah yang sia2.

FAKTA: Benda dan kegunaannya

Sepit baju ini agak penting untuk sepit baju supaya tak diterbangkan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Ada ke yang tak tahu fakta ini.

Ini Choki2, agak sedap juga dimakan.
Chocomilk lebih sedap dari yang biasa.
Dipasarkan ke Malaysia, Thai, vietnam dan Philipine.
Selepas meninjau prospek pasaran di Tanjong Malim,
didapati sambutan agak menggalakkan.
Kegunaan: tambah kalori / tenaga, ubat sakit gigi dan
membuatkan kita rasa muda kerana ia boleh membantu
kita mengimbau kenangan masa sekolah dulu2.
Dulu harganya Rm 0.10 jer. Di sini disertakan perbandingan harga
Rm 1-di kedai i One u
Rm 1.20-di Koperasi Bitara siswa.
perbezaan agak ketara= rm 0.20
di kedai Dbest lum survey lagi. Mungkin lebih mahal daripada harga diatas.

Ini tak selalu..takut sakit gigi + lebih mahal.



Bila Yati jadi perempuan Melayu zaman dulu-dulu

Wanita Melayu zaman dulu




Dan wanita Melayu kini:










Baju upin ipin untuk luQman, nak beli untuk Afihjudin, tak ada saiz plak. Kalo Apih dah slim pun macam tak muat gak baju ni

Bear untuk mek ipoh mali- yang dengar sukarela menjadi modelku...ada bakat nih

Bekas cincin untuk ...













Ini pula untuk Che pan, hari tu aku janji nak beli mende nih. Tapi terlupa, bila balik rumah dia datang "menagih janji". Tengah-tengah hujan datang ngan adik dia. Dahlah berpayung guna besen saja. Aku terlupa nak beli..Ayah aku pesan, lain kali janji berjanji kesian budak, sebab budak2 memang ingat janji. Owwh: aku akan ingat amanat ini... tapi konfius juga, budak kecik ni nak buat apa dengan menda nih. Jangan dilibas adiknya najla, sofi dan danish udah la yer.


























Terpenat

Penat sangat hari ni. Pagi2 pergi ke pekan. Petang pergi rumah sewa hantar barang sikit. Terima kaseh buat che yah yang sudi tolong temankan ke rumah sewa itu.
Encik Nik ubah tarikh balik kampung. Jadi aku cuma akan balik pada 8hb. Kira ok la tu... Sempat juga beli beberapa barang untuk anak2 buah-luQman, apih, kak cik Nabila, izati samirah, Syafikah adriana dan syuhada Aisyah serta che pan @irfan daniel. Sebab dah biasa bagi mende2 tiap2 kali balik kampung jadi tak selesa balik tangan kosong. Tapi memandangkan aku bukanlah "orang Kaya" jadi beli yang murah2 jer la. Tanda ingatan, harap adiknda2 time seadanya. Beberapa barang telah dibeli:

Warna merah sesuai dengan Fikah yang putih cam jepun..



Warna merah sesuai ngan Samirah yang cun lagi ayu..

warna biru untuk Nabila. Nabila dah cakap tak suka warna biru. Al maklum agak lasak berbanding yang lain2..."Kak ilah jangan la beli warne pink kak cik dok syuke"




Pensel Pooh, untuk Apih sebab dia dah mula bersekolah di Tadika Islam



Warna pink juga untuk syuhada..dia hitam manis-sweet




























Selasa, 5 Mei 2009

otak

Masa depan

Otak aku mula terfikirkan aktiviti yang akan aku buat masa cuti semester. Niat hati nak ambil lesen kereta, tak pasti pula sempat atau tidak. Terdetik juga dihati nak berhibernasi-tidur sepuas2nya seperti beruang kutub. Sesekali terpandang juga proposal yang perlu ditukar menjadi latihan ilmiah. Entahlah..biarkan ia berlalu sendiri. Esok nak pergi jumpa dr Bad, ke pekan dan pindah barang ke rumah sewa seterusnya lusa-aku akan balik kampung...oho balik kampung tanam jagung..
Mie rummate, Yatinto( he2 jangan marah) masih bertungkus lumus dengan 1 lagi paper, diharapkan kita akan mendapat keputusan yang baik. Duduk bersama 4 orang kaunselor mendedahkan aku pada teori2-rebt la...kerahsiaan, etika kaunselor macam2 lah.
Semester depan kena cuba ubah beberapa tabiat yang tak berapa baik dan jadi lebih baik
1. P / g kelas lewat-be on time
2. Suka bertangguh-Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan
3. Buat kerja last minute- Put the first things first
4. Agak malas-hidup Cuma sekali
5. Tidur awal (susah nak ubah)- tidur sampai bila2 pun tak cukup
6. >Kemas dan sistemetik-asyik bersepah jer...kalo dah buzZy aku tak akan tengok
benda2 lain
7. >Minimalis-terlalu banyak dengan barang yang tak digunakan-sedekahkan atau buang
8. Jaga hubungan ngan Allah-Semoga Allah membantuku
9. Kurangkan makan-ingat2 la hidup bukan unk makan
10. Hargai masa-hidup Cuma sekali
11. Banyak lagi lah...jaga hubungan dengan manusia, jangan terlalu laser
Peperiksaan
Peperiksaan sangat sinonim dengan kehidupan aku sebagai pelajar. Namun boleh memberikan tekanan jika otak terasa masih tabula rasa. Semester ini aku belajar pada saat-saat akhir. Namun tidak mengapalah, yang penting masih ada usaha walaupun sedikit. Kertas akhir, Semantik –beberapa soalan langsung tidak boleh dijawab selebihnya biasa sahaja. Kertas jawapan tambahan terpaksa diambil kerana jika tidak boleh menjawab soalan tersebut, satu halaman akan disediakan dengan harapan ada idea untuk mengisi jawapan. Namun biasanya idea yang lahir adalah rekayasa semata-mata jadi ia memerlukan ruangan yang lebih luas untuk menulis menggunakan akal kreatif dan kritis berbanding dengan jawapan tepat yang hanya memerlukan sedikit ruangan. Pendek kata pandai2 la baj’jet. Kertas yang paling agak sukar adalah sejarah Islam di Asia Tenggara. Satu soalan sahaja yang aku tahu. Selebihnya rekayasa- Operasi menggoreng suku masak diharapkan akan mendapat markah yang sedap. Markah untuk tugasan 42/ 60. Jadi?? Kesukaran menjawab boleh dikaitkan dengan sikap sambil lewa aku yang tidak fokus dalam kelas, ponteng kelas dan suka membuat benda bukan-bukan dalam kelas seperti melukis@ menconteng secara agresif. Tapi mungkin lebih baik daripada aku bersembang rancak semasa pensyarah mengajar kerana mencoteng buku tidak melibatkan orang lain kerana buku itu dibelikan sendiri. KPT dan beberapa kertas lain dilihat agak memuaskan hati, kerana aku dah cuba jawab sebaik mungkin. Segala keputusan akan diterima dengan hati yang terbuka kerana kegagalan merupakan kejayaan tertangguh dan kejayaan merupakan rahmat.

Belajar


Lega rasanya apabila selesai menduduki kertas peperiksaan akhir. Alhamdulillah..syukur

Isnin, 4 Mei 2009

Hari-hari terakhir di Tanjong Malim

Menghitung hari untuk balik kampung. Pada kesempatan yang ada hari ini aku menikmati panorama awan mendung di kaki Banjaran Titiwangsa. Subhanallah, masyaAllah

Sabtu, 2 Mei 2009

Terima kasih sahabat

Semoga ukhwah antara kita terus terjalin...


Pasar malam

Aku dahpun pergi ke tempat yang aku kurang gemari, iaitu pasar malam. Tak mengapalah sebab ni pasar malam terakhir untuk sem ini di bumi Tg malim sebelum pulang bercuti kira2 2bulan. Agak ramai manusia berkunjung ke pasar malam hari ini. Niat hati nak buat kunci rumah sewa,tapi kecewa sebab nampaknya dua2 kedai tutup, agaknya ada perjumpaan pembuat kunci sedunia. Memandangkan perut telahpun menelefon, maka aku beli jugalah nasi dagang + ayam rempah. Boleh tahan jugalah dengan harga rm 4. Tapi masih tidak dapat melawan nasi dagang my mum. Tertanya-tanya juga kenapa umat manusia suka melakukan sekatan jalan di pasar malam, maksudnya jadi 'batu' di tengah-tengah jalan, seperti ada persidangan sedunia. Apalah salahnya jika berbual2 ditepi sedikit. Lagi satu kalau hujan rintik2, janganlah nak pakat2 buka payung, sampai nak tercucuk mata orang lain. Bagi yang ada anak kecil dan warga emas, bolehlah dipertimbangkan lagi. Di samping itu, bagi yang bercinta sakan, jangan jadi semut di pasar malam-enjut2. Jalan laju2 sikit, bersemangat...Sementara tunggu maghrib, aku membebel sikit.
Malam ini ada perjumpaan blog, majlis perpisahan. Aku tak mahu pergi, bukan kecil hati sebab tak dapat kolej tapi entahlah...jika hatiku rasa nak pergi jap lagi, aku pergilah ke sana( sebenarnya kena pakai baju blok, tapi aku tak basuh lagi...he3). Walaupun agak terkilan tak dapat kolej, tapi sebenarnya aku tak kisah sangat sebab dah bersedia. Al maklumlah dah tahu ramai yang akan masuk, elok juga beri peluang pada junior2 yang baru menjengah ke alam kampus. Biarlah kami yang dah makan garam belajar hidup di luar. Aku cuba melihat dari sudut yang positif. Walaupun aku turut membebel juga bila tak dapat kolej sebenarnya jauh di sudut hati aku sayangkan blok A, Kolej Aminudin Baki dan berterima kasih pada pihak pentadbiran. Masakan tidak, tempat jatuhpun dikenang apatah lagi kolej kediaman. Semoga KAB A terus maju dan dirahmati Allah begitu juga dengan pengetua dan pihak pentadbiran terutamanya mak cik cleaner yang banyak membantu aku- mengangkat barang, berikan mop dan selalu menyapu halaman rumah kami serta mengalirkan air yang bertakung. Terima kasih semua.
Sedih juga nak tinggalkan Blok A setelah 6 sem di sini. Aku akan cuba hidup di luar dan jaga diri baik2.

Jumaat, 1 Mei 2009

Kerja rumah

Lipat Kain
Ada pelbagai cara melipat kain. A dengan libasan mautnya, B dengan gulungan, C Lipatan kotak dan D dengan sangkutan manja. Mana satu pilihanmu?
Melipat kain merupakan perkara yang amat membosankan buat aku, rasa macam kerja kilang. Sekali sekala bolehlah, kalau selalu boleh terlena..sambil tengok tv ok lah sikit. Aku nak beli mesin lipat kain.

Basuh pinggan
Lebih senang dari lipat kain. Tapi kalau selalu nescaya akan sompek jualah pinggan mangkuk itu. Jadi, masing2 basuhlah pinggan cawan sendiri.

Menyapu sampah
Masalah utama untuk membasmi rambut..gejala keguguran rambut dalam kalangan wanita cukup serius, al maklum tekanan belajar. Alternatifnya: botakkan kepala..hu2 haram, tak realistik.

Basuh baju
Kadang2 best, boleh hilangkan tekanan. Berus kuat2 boleh melegakan kemarahan-cuma jangan sampai kain baju terkoyak udah le.Tak suka basuh sikit2, basuh sekaligus senang..tapi senang lagi pakai mesin..teknologi ada gunakan. Membasuh baju akan menyebabkan sakit tulang belakangku jadi kadang2 sahajalah basuh tangga. Sem depan tak ada mesin basuh, jadi terpaksa merajinkan diri.

Cuci Toilet
Tak ramai yang minat buat tang nih. Tapi ini penting, takkan lah nak jadikan sebagai tempat pembiakan bakteria dan rumah ***. Bila nak makan di Luar check dulu toiletnya, kalau kotor baik tak payah..

Diriku bukan dirimu

Belajar semantik, mengkaji makna kata. Kadang2 orang tak cakap tapi dengan bahasa badan -mimik muka, senyum sinis, gelak ketawa cukup menggambarkan makna. Selalu juga aku cuba guna cara ini untuk meluahkan marah dan tidak puas hati tapi ada insan yang tak faham2 juga...dan bila aku marah dia pun dia tak faham juga. Apa nak dikata..tidak mengapalah, buang yang keruh ambil yang jernih. Walaupun ada tingkah laku yang benar2 menyakitkan hati, aku maafkan kerana mungkin aku tanpa sedar telah membuat salah. Banyak yang aku pelajari semester ini, melibatkan perhubungan sesama manusia dan bagaimana nak mempertahankan hak diri. Menerima diri sendiri seadanya, menghormati dan memahami individu lain adalah teras untuk membina hubungan yang baik. Kepada mu teman, sekalipun ada rasa kurang senang dan perbezaan- itu bukan penghalang persahabatan kita. Aku sedar didikan, latar belakang, sosio-ekonomi dan kita individu yang berbeza, kita bukan produk kilang...
Dulu aku sering merasa diri tak pandai bergaul dan susah nak sesuaikan diri dengan insan lain. Tapi kini, aku terima diriku seadanya...dan aku juga diterima seadanya oleh insan2 disekelilingku. Biarpun tidak ramai kawan tapi aku dikelilingi dengan sahabat2 sejati yang selalu ada disampingku ketika susah dan senang..terima kasih teman2..Interpersonal kurang sikit, mungkin intrapersonal lebih. Aku tahu apa yang aku suka dan tak suka...apa yang aku suka..

SUKA
-baca buku sebelum tidur
-lebih rela dikurung semalaman di perpustakaan berbanding shooping complex
-makan ayam
-beli buku sejarah dan motivasi
-tidur awal sebelum pukul 10.00 pm
-menulis
-sejarah, Bm, melukis..
-aktiviti bebas, kurang protokol
-baca blog-saifulislam.com, Drmaza, ohbulan, kassimahmad...
-politik
-diari
-hijau, putih dan purple
-bercerita-tapi dengan orang tertentu sahaja..masa kecil aku selalu bercerita dan berimiginasi. Contohnya, citer dongeng yang aku citer dekat adik2ku..puteri itu hidup bahagia sampai bila2, orang yang jahat mendapat balasan, itulah selalunya ending citerku.

Tak Suka
-kotor(akupun tak ada la kemas sangat, cuma berpada2 la, time sibuk memang aku akan fokus pada yang tu jer..)
-math dan angka (ada kisahnya)..
-orang yang cakap tak serupa bikin
-pentingkan diri
-mengkhianati orang
-tak tepati janji
-menunggu
-ulat bulu
-cakap belakang-tak puas hati cakap kat depan, slowtalk, cakap elok2, insyaAllah boleh diterima.
-berlagak, kita cume insan biasa..tak ada maknanya nak berlagak. kalau rasa diri cantik, ramai lagi yang cantik..kalau rasa pandai dan baik ramai lagi yang lebih genius lagi baik. Jadi bersyukur dan berusahalah memajukan diri.

-tempat ramai orang-pasar, majlis2..rimas
(memang dari kecil lagi, bila sedara mara pulang ke kampung aku akan menyorok, masa kecil pemalu..kini, hurm cuba untuk berubah. cam kurang adab rasenya..bila orang datang menyorok-tapi bukan dibuat2 sebab yang aku ingat umur 5, 6 tahun lagi aku akan duk dalam bilik kalo aku tahu saudara mara aku balik kampung..terbawa2 sampai sekarang. Kalo ada majlis aku akan pergi jap, tunjuk muka dan tanda hormati undangan, tapi jap jer aku cabut...tak boleh duduk lama2 bosan..tapi kalo ceramah yang aku minat 3 jam boleh lagi aku tahan..kenduri kendara memang tak suka. sebab tu la kalo orang tanya pasal majlis perkahwinan ditempat aku susah nak jawab, kalo sepupu nikah baru aku pergi itupun selepas di ceramahkan oleh penceramah tak diundang. Indahnya kalau semuanya simple, ringkas dan mudah...tak perlu bersanding cukup yang wajib sahaja-belanja pun jimat. Pelik juga bila nak nikah kena tunggu bertahun2 sebab nak kumpul wang banyak2, kenduri besar hutang sakan-bertahun2 nak jelaskan hutang. Mungkin untuk kepuasan, sekali seumur hidup tapi banyak pasangan muda cerai sebab masalah kewangan. Mungkin sikap simple aku dipengaruhi mak aku..pernah juga aku dimarahi sebab aku kata nak buat kad undangan besar takpun nak tulis jer dekat board dicabang 4 kampung aku " dengan ini ...binti... telah melangsungkan perkhwnn dengan ...bin... pada.." ha2 kan senang..kenduripun tujuannya untuk memashurkan perkahwinan agar tak disalahertikan...
Tapi itu la banyak pulak menda nak kena fikir, sebagai orang Melayu, terasa pula saudara mara, sahabat handaiku dan teman2 mak ayahku. Jadi...idea ini ditolakkan.
-lengan baju labuh-rimas
-resepi yang kronik dan ambil masa yang lama untuk dimasak..jadi potong siap2 dan campakkan saja..huh2..tak lebih 5 minit.
-pakai spek-bukan control ayu, tapi cam tak selesa-asyik melekat ngan bulu mata. tapi dah rabun pakai gak la.
-minum air, selalu paksa diri untuk minum air sebab takut batu karang...tapi xlebih juga 500ml
-Pengkhianat dan pengecut-jangan menggunakan nama orang lain untuk tujuan peribadi kita. tak puas hati cakap, tapi perlu bertanggungjawab. Bukan dengan mengenakan orang lain yang tak tahu apa2...itu kerja orang tak bertamadun. fitnah lebih besar dosanya dari membunuh.
-pakai jam n aksesori-tapi akan cuma jga la..supaya lebih menepati masa dan tak bazirkan aksesori2.
-kronisme dan budaya ampunisme (mengampu-budaya ini boleh dikesan sejak zaman sekolah. Ramai pengawas suka ampu cikgu (tak semua), jadi aku tak mau jadi pengawas biasa lebih suka jadi p. library.
-berlakon jadi ayu
-kucing, selepas Abon meninggal aku tak sepak kucing lagi, abon dan ikfak hakiki (puteh) wujud masa aku umur 6, 7 tahun sekarang dua-dua dah tak ada. Kucing tak adalah aku benci, cuma tak suka sebab pernah dia cengkau muka aku...dan alergic ngan bulu kucing. Itu saja.
-dipaksa buat benda yang tak suka atau pilih yang menarik..sangat mencabarku.
-makanan angmahal tapi tak sedap (bukan kutuk makanan yer, tapi tukang masak)
-kacang panjang
-daging (sikit2 leh la, fobia tengok orang sembelih lembu masa kecil. hasilnya aku tak mahu makan lembu dan ayam yang aku kenali. kalo ayam yang aku tak kenal tak apa..
-jeruk(boleh menyebabkan batuk yang tak berapa kronik)

Teman Berteman

Bila terpandang roommate yang masih tidur, sayu juga rasanya, satu semester tinggal bersama dan kami akan berpisah. Dia masih di kolej dan aku menyewa diluar. Tapi kawan tetap kawan, walaupun jauh dimata pasti tetap diingati dan dikenang. detik2 manis bersama teman2 di Blok terpencil ini akan diabadikan dalam memori. Moga ukhwah akan berkekalan..terima kasih kerana memahamiku..
Semester2 akhir, soal jodoh banyak dibicarakan, aku agak kurang berminat dengan tajuk yang satu ini, sesekali menyampuk sekadar mengambil bahagian dalam perbincangan, belum bersedia bercinta. Mungkin sibuk, mungkn...sebenarnya aku tidak bersedia. bukan senang untuk aku menerima insan lain.
Sesekali aku rasa sebenarnya aku terlalu banyak berfikir:
-bagaimana nak sesuaikan diri dengan dia dan keluarganya...
-bagaimana nak jadi isteri yang baik dan taat ( sebab aku degil dan suka menjawab)
-ibu yang baik -bukan senang nak meramaikan umat Muhammad, yang sebenar-benarnya
-aku belum cukup matang..
- aku tak sebaik manapun..Tuhan ampuni hambamu ini...banyak lagi alasan yang aku nak senaraikan tapi cukuplah.

Jadi buat A B dan C
Aku minta maaf, hatiku belum terbuka untuk kalian.
insyaallah jika tercatat ada jodoh antara kita, pasti aku redha. Untuk aku berlebih-lebihan sekarang mungkin tidak. Sekiranya aku cuma membalas 5 daripa 10 mesej, bermakna aku cuma sayangkan sebagai teman tapi belum sedia untuk bercinta.. Aku dah fikirkan yang aku hanya aku bercinta lepas nikah. Bila kalian kata aku perempuan pelik, aneh, serius terpulanglah..jika kalian gagal memahamiku, bukanlah menghairankan kerana akupun kadang2 keliru dengan diri sendiri. Kalau aku menjauh, maknanya aku tak mahu menyakitimu dan diri sendiri. berterus terang lebih baik dari mempermainkan perasaan orang. Berteman, berkawan itu saja yang kumahu sekarang..bila aku menerima cinta bermakna aku sudah sedia menerimamu sebahagian dari hidupku dan akan mula fikirkan bagaimana perancangan masa depan??? ...jadi aku ..keliru dan bosan bila ditanya bila mahu kawen..
5 hb aku akan duduki kertas peperiksaan yang terakhir untuk semester ini.. tapi lum baca apa-apa..hidup sebagai pelajar memang berkitar-kitar dengan benda yang sama. Mood untuk membaca dah kurang. asyik kemas barang, sampai da tak ada baju dalam almari. Bila chat dengan kawan2 yang dahpun sem akhir, sikit cemburu rasanya. Tak sabar nak abish belajar tapi takut nak menempuhi alam pekerjaan.
Melihatkan barang2, yang berkotak-kotak pening juga bila memikirkan cara untuk pindahkan semuanya nih. Al maklumlah sem 7 baru kena keluar dari kolej yang ku cyg nih...banyak kenangan kat Blok A. Nak buang sayang, nak angkut rasanya kena pakai lori. masa inilah aku terpikir gaya minimalis, aku rasa hidup aku jadi susah bila barang terlalu banyak. Tapi bila fikir balik, barang yang paling banyak ialah buku dengan baju. Untuk menyelesaikan masalah ini, aku kena bawa balik kampung sedikit baju, sedekahkan baju, kasut dan barang2 yang masih elok tapi tak digunakan lagi dan jangan membeli barang2 yang kurang penting.
Jadi itulah mungkin jalan penyelesaian yang terbaik, minimalis. aku cuma akan letakkan barang yang penting2 jer. 4 kotak buku, memang aku tak akan buang-ilmu, hidup budak sejarah memang rapat dengan buku. Tambah lagi sem ni sebahagian besar peruntukan aku adalah dekat buku, tabiat beli buku makin menjadi-jadi. Walaupun tak berjaya habiskan sekarang kerana tuntutan kuliah, proposal, tugasan lain tapi aku percaya aku akan gunakan juga suatu hari nanti. 2kotak barang lagi, pnggan mangkuk + kotak rice cooker= 3kotak. mengalahkan orang yang dah berumah tangga barang2 aku ni. Aksesori dan alat tulis 1 kotak, aku tak boleh lagi beli aksesori sebab memang takkan pakai pun. Namun, bila ingat balik, aksesoriku kebanyakannya hadiah jadi kena simpan la. Kasut2 adalah 1 kotak, yang elok bagi jer kat sapa2. Baju 2 beg besar..tang ni tak leh buat apa, sebab pergi kuliah kena pakai baju kurung. Nak bawak balik mustahil, terlalu banyak...niat nak bagi kat mak cik cleaner. Banyak baju pakai sekali dua jer, tapi rase tak selesa.
Teringat pula, kisah Imam Syafie bila biliknya penuh dengan tulang-tulang dan catatan nota hingga terasa sempit, akhirnya beliau berjaya melapangkan sedikit demi sedikit biliknya dengan menghafal ilmu2 tersebut. Insan sehebat Imam Syafie...sebagi teladan walautak mampu aku nak ikut seperti itu. Bila fikirkan perabot yang patut dibeli, aku fikir sepertinya aku nak buat sendiri perabot daripada kotak. Rasenya boleh, rak buku dari kotak..hurm..